SEJARAH PPDK WAKAF TAPAI
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai perlaksanaan program ini.
Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PPDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU).
Program PPDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada masyarakat dari semasa ke semasa. Pada 5 Oktober 2017, PPDK Wakaf Tapai telah berjaya didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia diatas nama "Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Mukim Jerung Marang, Terengganu (PPDK Wakaf Tapai)".
DEFINISI PPDK
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) merupakan satu kaedah pembangunan komuniti untuk OKU di mana program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat setempat supaya dapat mengecapi peluang sama rata serta diintegrasikan dalam masyarakat.
KONSEP PPDK
- Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti tempatan.
- Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU dalam keluarga dan komuniti.
- Mengurangkan penempatan jangka panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan OKU disisihkan daripada keluarga dan kominiti.
- Menyediakan peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka.
- Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan OKU.
OBJEKTIF PPDK
- Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan sikap bertanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU).
- Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima mudah, efektif dan sesuai dengan keadaan setempat.
- Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU.
- Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan OKU.
- Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.
Program PPDK berteraskan kepada tiga (3) modul iaitu :
1. Home Based ( PPDK di rumah )
- Program pemulihan dijalankan di rumah OKU yang tidak dapat hadir ke PPDK kerana kecacatan yang dialaminya ataupun masalah pengangkutan.
- Petugas PPDK akan kerumah OKU untuk menjalankan latihan pemulihan dan bertugas selama empat (4) jam sehari.
- Program pemulihan dijalankan di pusat PPDK selama empat (4) jam sehari.
- OKU akan datang ke pusat PPDK bagi menjalani program pemulihan.
- Program pemulihan dijalankan di pusat PPDK selama empat (4) hari empat (4) jam sehari.
- Dalam seminggu, satu (1) hari selama empat (4) jam akan dikhaskan untuk sesi ke rumah OKU bagi melihat perkembangan OKU setelah menjalani program pemulihan.
PROFIL PPDK WAKAF TAPAI
LATAR BELAKANG PENUBUHAN PPDKWT
"Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Mukim Jerung Marang Terengganu (PPDK Wakaf Tapai)" ditubuhkan pada 1 Jun 2002. Program ini bernaung dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang dengan dibantu oleh komuniti setempat.
Pada awal penubuhan, dua orang petugas dan sembilan orang jawatankuasa telah dilantik bagi memulakan program ini yang mula bertapak di Balai Raya Kampung Wakaf Tapai. Permulaan penubuhan, seramai 10 orang pelatih telah berdaftar di bawah PPDK Wakaf Tapai dan jumlah pelatih kian bertambah saban hari.
MAKLUMAT PPDK
- Nama PPDK : "Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Mukim Jerung Marang Terengganu (PPDK Wakaf Tapai)".
- Alamat terkini : Lot 13151, Kampung Cherang Sekertok, Jalan Lubuk Pandan, Wakaf Tapai, 21040 Marang, Terengganu.
- Emeil PPDK : PPDKwakaftapai@gamil.com
- Media Sosial : Facebook @ PPDK Wakaf Tapai
- No. Telefon : 010-2255085
- Nama Bank : Bank Rakyat Cawangan Marang
- No. Akaun : 1114 3100 2662
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
- Negeri : Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu
- No. Telefon : 09-627 4251 / 09-623 9864 (fax)
- Emeil : pkmdm@jkm.gov.my
- Daerah : Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang
- No. Telefon : 09-618 2350 / 09-618 5487 (fax)
LATAR BELAKANG PENUBUHAN EEP
PPDK Wakaf Tapai yang beralamat Lot 13151, Kampung Cherang Sekertok, Jalan Lubuk Pandan, Wakaf Tapai, 21040 Marang, Terengganu telah mula beroperasi pada bulan Oktober 2016 melalui jualan yang berasaskan kain jeans dan batik terpakai hasil daripada sumbangan masyarakat setempat. Tambahan, sebuah NGO telah menyumbangkan dua buah mesin jahit bagi memudahkan perlaksanaan penghasilan beg.
Mula menerima geran peruntukkan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat pada bulan Disember 2016 sebanyak RM18,000. Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi mengurus tadbir Program Pemerkasaan Ekonomi(EEP) pada awal bulan Januari 2017 dalam mesyuarat Jawatankuasa Kali-1 sesi 2017-2019.
Bermodalkan geran peruntukkan yang telah diterima, jawatankuasa telag membeli pelbagai perkakasan jahitan. Mesyuarat Khas EEP telah dilakukan bagi mengenalpasti produk yang ingin diketengahkan dan kaedah pemasaran. Hasil daripada perbincangan, jawatankuasa sebulat suara memutuskan penghasilan beg berasaskan kain Batik Terengganu. Maka, terhasil Beg Tote Batik Terengganu.
Di awal penubuhan, seramai 5 orang pelatih telah bersama-sama mengikuti program jahitan. Mereka terdiri daripada pelatih yang memiliki kad OKU (Masalah Pembelajaran). Kini, bilangan pelatih yang mengikuti latihan jahitan EEP telah meningkat kepada 7 orang pelatih.
Matlamat utama kami, khusus untuk mengasah bakat dan melatih mereka menjana hasil pendapatan. Hal ini seiring dengan hasrat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang ingin memperkasakan program pembangunan OKU dan mewujudkan daya saing yang sihat khusus dikalangan golongan OKU dan masyarakat setempat amnya.
CARTA ORGANISASI
PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI EEP
Ini adalah gambar-gambar produk Batik Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Wakaf Tapai (PPDK Wakaf Tapai) yang dijahit sendiri oleh pelatih-pelatih bengkel .
KATALOG
PAMPLET PPDK WAKAF TAPAI ENTERPRISE
CARTA ORGANISASI
PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI EEP
PELATIH EEP
Ini ialah sebahagian gambar pelatih-pelatih Program Pemerkasan Ekonomi (EEP) . Seramai 7 orang pelatih telah kami berjaya di didik untuk bekerja di bawah bengkel EEP .
PRODUK DAN KRAFTANGAN
Ini adalah gambar-gambar produk Batik Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Wakaf Tapai (PPDK Wakaf Tapai) yang dijahit sendiri oleh pelatih-pelatih bengkel .
Beg Sling Batik
Beg Sling Telefon
Beg Seminar
Beg Telefon
Beg Syiling
Cover Note Book
Beg Pensil Case
Beg Punch Mini
Seterusnya kami telah mengeluarkan Beg terkini yang baharu diperbuat daripada Batik Tie Dye . Batik Tie Dye menjadi salah satu corak terbaru/kalainan untuk bengkel kami.
Beg Sling Clutch
Beg Mini Tote Exclusive
Beg Tote Exclusive
Bagpack
Beg Sling Exclusive
KATALOG
PAMPLET PPDK WAKAF TAPAI ENTERPRISE